價格:免費
更新日期:2019-06-14
檔案大小:15M
目前版本:1.8.3
版本需求:Android 4.0.3 以上版本
官方網站:http://www.tilawah.my
Email:tilawah.my@gmail.com
聯絡地址:Taman Amalina Perdana, Jalan Cheroh, 27600, Raub Pahang
Aplikasi Al-Quran dengan terjemahan per-kata Bahasa Malaysia pertama!
Baca, dengar dan fahami al-quran dengan Bahasa Malaysia sebagai bantuan rujukan. Anda juga boleh mencatat nota untuk rujukan masa hadapan. Juga boleh kongsi dan lihat nota mengenai al-quran yang ditulis oleh orang lain.
Ciri-ciri utama
~Audio bacaan per ayat & per kata~
Aplikasi al-quran ini membolehkan anda untuk menyemak bacaan Al-quran dengan bantuan audio. Sentuh pada setiap patah perkataan untuk menyeru keluar audio per kata, atau sentuh pada nombor ayat untuk menyeru keluar audio keseluruhan ayat.
~Tandai bacaan terakhir~
Tandakan bacaan ayat terakhir sebagai rujukan, dan kembali kepada ayat yang ditandai setiap kali membuka aplikasi al-quran ini.
~Tajwid berwarna~
Aplikasi al-quran ini juga memaparkan tajwid berwarna bagi memudahkan bacaan. Fungsi ini boleh di buka dan di padam pada bila-bila masa.
~Simpan nota~
Fungsi ini membolehkan anda menyimpan nota ringkas untuk rujukan diri sendiri.
~Kongsi ayat~
Teringin untuk berkongsi ayat yang menyentuh hati ? Kini anda mampu dengan menyalin pautan dari aplikasi al-quran ini dan kongsikan di media sosial.